Wednesday, August 12, 2009

Anak cerdas : Petua orang tua-tua



Berikut adalah petua orang-orang tua dalam melahirkan anak cerdas. Kebiasaannya, ramai ibu bapa kerap kali lupa dalam menasihati anak-anak mereka ketika anak mereka sedang tidur.

Ini adalah petua untuk melahirkan anak cerdas tersebut:

1.Wiridkan Ya Latif ke umbun kepala sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali ketika anak tidur setiap malam. Semoga dijadikan anak cerdas.

2.membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.cuba untuk bercakap-cakap dengan anak ketika dia tidur dengan menyeru menggunakan nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung. Percakapan yang dibuat hendaklah berbentuk nasihat seperti supaya rajin belajar, pujian serta bercerita mengenai perasaan kasih sayang. Ini kerana sesungguhnya percakapan kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan pada jiwa serta rohnya.

4.ketika sedang berbual-bual dengan anak di waktu dia sedang tidur biasanya kita akan melihat matanya akan bergerak-gerak, walaupun anak tersebut sedang tidur.

5.ayah dan ibu mestilah sentiasa menyapu air lebihan berwuduk yang ada pada kita contohnya air yang masih basah di tangan ke muka serta umbun-umbun anak semoga dia menjadi anak yang soleh dan anak pintar.

Cubalah mengamalkan petua itu dan insya allah semoga ia berkesan dalam melahirkan anak cerdas lagi soleh.

Selamat mencuba......

No comments:

Post a Comment